Ditakdirkan Tuhan sekumpulan manusia ini sekali-sekala keluar dari kotak-kotak yang telah disusun atur untuk mereka. Bersama-sama pergi bersosial dalam pelbagai cara untuk cuba lari dari tekanan berpanjangan yang menimpa diri masing-masing. Mereka amat suka bersosial dengan cara sebegini.
Seharian berkerja seperti semut. Walaupun kadang-kadang meja mereka sendiri dihurung segerombolan semut yang melata tak kira ceruk. Celah papan kekunci mahupun ketiak masam.
Bezanya semut tak curi tulang dan tak pandai bersosial. Beramai-ramai beriadah serta meronggeng di luar meskipun dalam keadaan takut-takut kegiatan mereka diketahui oleh Bos.
Ditakdirkan Tuhan sekumpulan manusia ini yang sekali-sekala keluar dari kotak-kotak mereka berjaya membentuk ikatan perpaduan sekukuh tiang jejambat ke-33 di lebuhraya MRR2. Bagaimana tiang-tiang yang lain retak beribu-ribu, tiang nan satu tetap tegak tanpa perlu pembaikpulihan berbilion ringgit.
Begitulah harapannya untuk mereka ini. Belia Sosialis.
Scoreboard
1 Aug 06
9 - 7
Bagasi FC
Friendly
Soccer Village, Bukit Jalil
Announcements
Kami dalam tempoh hibernasi. Otot keras dan perut buncit perlu disurutkan.
Dalam tempoh ini jugak kami saling menginsafi kekurangan diri.
Namun, jemputan 'friendly match' tetap dibuka. Jika ada.